e-buku Tarbiyyah 1

Koleksi E-Buku Tarbiyyah Harakiah

Tajuk Buku : Jalan Dakwah , Mustaffa Al-Masyhur

Sinopsis : Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan persatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini.

[ Download Jalan Dakwah (Right Click & save]


detik.jpg

Tajuk Buku : Detik-detik Hidupku, Hassan Al-Banna
Sinopsis : Buku ini adalah merupakan catatan-catatan Hidup (diari) yang ditulis oleh As-Syahid Hassan Al-Banna sendiri sepanjang beliau memimpin Ikhwan Muslimin. Buku ini sesuai di baca oleh semua duat dan pelajar Islam kerana banyak pengalaman -pengalaman yang ditulis dapat dicontohi oleh kita sebagai generasi hari ini.
[ Download detik.pdf (Right click & save)]


mazal.jpg
Tajuk Buku : Apa Ertinya Saya Menganut Islam
Penulis : Fathi Yakan
Sinopsis : Bahagian pertama buku ini bertajuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam”
membentangkan sifat-sifat penting yang wajib ada pada seseorang bagi ,embolehkan ia menjadi seorang Muslim dalam erti kata yang sebenarnya. Bahagian kedua kitab ini yang bertajuk “Apa Ertinya Saya Menggabungkan Diri dengan Harakah Islamiah” membentangkan ciri-ciri penting yang mesti wujud ada mereka yang menganut Islam supaya penggabungan diri mereka menjadi enggabungan yang benar.
[ Download maza-yakni.pdf (Right Click & Save ]




© 2006 Bahan Tarbiyyah | Blogger Templates by GeckoandFly.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health